Welcome

SELAMAT DATANG KE DUNIA YANG TIDAK BERAPA HEBAT :D

Thursday, 13 March 2014

Pengalaman First Time Test JPJ

Assalamualaikum wahai pembaca-pembaca sekalian, hari ni gua (pergh gua sial :p ) nak berkongsi pengalaman first time amik test JPJ kat SKEM. Harap2 dengan baca blog ni korang boleh la dapat manfaatkan ataupon bagi semangat sikit ke.

Kalau korang nak tau aku ni masa train kerete memang SPOIL! Cikgu plak garang, haram jadah. Tapi time JPJ entah macam mana boleh lulus. Pagi2 buta aku dah sampai kat opis agen (BASRI ENTERPRISE). Lek lu, makan2 pastu gerak pegi SKEM dalam pkol 9 lebih camtu. Memang masa tu ketar habis, semua benda buruk aku terbayang. Takot FAIL la, takot kena marah dengan pegawai JPJ la. Macam2 la..

Pastu da sampai kat SKEM, lagi berdebar.. Nasib baik aku bukan tergolong dalam SESI 1 sebab memang masa tu rasa tak ready langsung. Aku duduk dalam kumpulan "SESI 2" which akan start pada pukul 11:30 pagi. Masa tu awal lagi, bole la usha mereka mereka (nerd gile babeng! Wow!) yang tengah amik ujian. Dapat la, belajar sikit dri pmerhatian tu.. Tengok pe benda yang kene bwat, pe benda yang JPJ cakap salah. Dri stu dapat la "gain" sikit keberanian tu.

11:30 dah sampai masok dewan and ada taklimat terakhir dari pegawai JPJ. Dah lepas semua amik nombor giliran tu dorang pon suruh smua SESI 2 pegi ke tempat ujian bukit. Aku masa tu tak cuak sangat bukit sebab bole dikira OK la. Aku cuak time nak parking je, huhu.. Nombor giliran aku 23, bole la tengok dorang buat dulu. Haha, cuak punye pasal brape kali aku pegi tandas :) . Sampai giliran aku dia sruh masuk dalam kereta kancil nombor 14, dengan baca bismillah aku pon msk dalam kereta.

Cakap2 sikit dengan kereta tu, doa pastu pegawai tu suruh jalan. Masok gear 1, kereta jalan.. Alhamdulillah tayar btol2 kat garisan kuning. LEGA!!!!! JPJ ckp ok, skng ni nk ke depan ni bab paling suspen! Msok gear satu tkan mnyak skuat mngkin lpas klac skit2 pstu lpas hanbrek. Pergh, BERJAYA! Tak sangka.. dengan gementar nye lagi. Memang tersnyum lebar la aku time ni, tp lepas ni parking. Ujian paling aku tak konfiden langsung. Chittt!!

Nasib baik la masa parking ni tak ramai orang, takde la rasa malu sangat. Rasa konfiden sikit la, ingatkan rmai orang. Hehe.. JPJ suh masok parking nombor 2, dengan prlhan2 dan brhati2 gua msok parking. Kalau korang tak ingat step dia macam mana, meh nop ajor :P

STEP 1: Selarikan bontot kereta dengan tiang
STEP 2: Pusing stereng ke kiri habis pastu reverse sampai nampak 4 tiang kat blakang. Guna side mirror utk               tengok.
STEP 3: Pusing kanan 2 kali untuk luruskan tayar, reverse sampai tayar belakang ada atas garisan putih.
STEP 4: Pusing kanan habis, pastu reverse sampai kereta lurus. Jangan lnggar tiang blkng plak. Agak2 la                     jauhnye dengan tengok cermin.
STEP 5: Masok gear satu, jalan depan sikit (JANGAN LANGGAR TIANG). Berhnti, free gear and tarik                 hanbrek.

Bile korang berjaya bwat ni, alhamdulillah. Angkat tangan pastu pandang JPJ. Kalau dia suruh jalan, macam ni

STEP 1: Reverse kerete dulu
STEP 2: Pusing kanan habis, masok gear 1 pastu kluar and trus pegi bwat 3 penjuru.

kan senang? Haha.. Memang nampak susah, tapi kalau dah buat tak susah la der. Senang je... Korang jangan lupa plak, korang ad masa 5 minit je utk ujian parking. Hehe.. Gudluck!

Pastu 3 penjuru haha, ni memang aku takde hal sangat. Pejam mata pon bole, senang sangat. Cuma korang masa reverse tu jangan la berenti. Jap gi gagal plak. Dh beres smua, pegi JPJ nak amik result. Waahhh, dia tick lulus! Pergh..!! Dia suh tandatangan and pegi dewan utk giliran bahagian 3 plak which is JALAN RAYA TEST! :O

Ya! Masa sudah tiba, ujian ni yang paling aku takot di antara smua test2 yang ad. Sebab ap, pegawai JPJ ada kat sebelah boh! Masa tunggu tu, aku berdoa banyak harap2 dapat JPJ yang baik hati. Giliran aku dah sampai, msok kerete tengok2 pegawai JPJ perempuan la plak. Aduyai, alamat tak baik ni. Dengan muka masam dia lagi. Tengok muka dia aku pon stress.

Aku pon masok kereta and try nak senyum, bagi salam bagai.. Camtu gak reaksi die, MASAM memanjang. Aku pon malas nak layan buat bodo je la. Terus aku buat 10 perkara tu. Kalau korang tak tau apa dia 10 perkara tu, nak senang cter korang tekan and test je smua benda yang ada dalam and luar kereta tu (radio jangan la, tak pasal2 lagu dangdut lak kluar). Seatbelt jangan lupa eh, tu perkara yang paling penting.

Dah ready and ok smua, JPJ tu pon suruh jalan. Kereta tu da la parking kat bukit, pergh harap2 tak menggelongsor ke belakang. Baca bismillah, kereta pon jalan dengan lancar, takde henjut2, takde apa. Macam "PRO" la kiranya. Haha, nasib je tu. Tapi JPJ tu muka still masam tak cukup gula. Zzzzz.. Bosan aku tengok dia. Memang mula2 rasa macam takot, tapi bila da lama2 bwk rasa macam dah biasa pulak.

Memang cikgu aku cakap masa bahagian 3 nanti bawak 35 je, jangan lebih sebab takot gagal. Aku pon ikot la nasihat cikgu aku tu, yang si JPJ ni plak marah2 cakap aku bwk slow la. Dia suh aku bawak atas 40... Ish dia ni! Nak taknak aku pon ikot je la. Memang HELL la masa bwk dengan dia, macam2 dia marah aku. Tapi aku rasa dia nak psycho aku je tu. Aku buat muka batu, macam pe dia yang dia cakap tu takde effect kat idup aku pon. Tapi hakikatnya, aku berdoa harap2 la lulus. Dah bwk, tak sedar dah nak smpi SKEM balik.

Pergh, memang masa tu aku dah happy gile la sebab aku dah tau aku lulus. Macam mana aku tau? Hehe, sebab kalau orang yang gagal bahagian 3, orang tu takkan bawak balik kerete. Mesti pegawai tu yang bawak balik, dia duk sebelah nangis. Hehe..

 Dah parking baik punya, free gear and lepas hanbrek. Dia pon suh tandatangan, pergh.. memang macam kerang busuk la jawabnya. Senyum memanjang... Wahaha. Akhirnya aku berjaya test JPJ first time try. Skang ni nak tunggu lesen P gua senyap. Harap2 dengan baca post ni korang dapat la something yang bole dimanfaatkan. Semoga berjaya dengan korang punya test. 

Assalamualaikum, remember.. Always smile to the JPJ Officer. Who knows you can actually gain something from it. PEACE OUT!

Saturday, 14 December 2013

Assalamualaikum kepada semua,
Alhamdulillah saya telah tamat pengajian sebagai seorang pelajar sekolah menengah :)
Peperiksaan SPM berjalan dengan begitu lancar. InsyaAllah, boleh memperoleh pencapaian yang cermerlang.

Sekarang ni, ada banyak plan. Hehe.. (biasa la budak baru habis sekolah)..

1. Nak amik lesen kerete and motor *vroomm*
2. Cari kejer sambilan (boleh buat duit sikit)
3. Belajar main ukulele 
4. Hang dengan member-member ku :)
5. Menjadi anak yang soleh yang taat dan mendengar kata2 ibu bapa.. Aminnn :D

Doakan saya berjaya dalam peperiksaan SPM ni yer wahai viewers sekalian :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Peace out :D

Wednesday, 24 October 2012

Pergh lama la sial tak tulis blog ni. Banyak gak perkembangan semenjak aku takde ni. First of all, aku da tak duk rumah da. Aku telah berpindah ke Terengganu. Sebab apa? SEKOLAH ASRAMA BEB! Tak sangka-2, masuk gak aku sekolah asrama. Nak kate best tu, xder la jugak. Boleh la. Tapi duk rumah lagi syok! Leh lyan PC hari2..

    Pape hal, aku nk chow dlu. Selamat Hari Raya AidilAdha. Assalamualaikum :)

P.S. nama sekolah tu is Sekolah Menengah Sains Setiu (SAIS) :D


 

Sunday, 19 February 2012

TM UNIFI Review

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi sesiapa yang membaca review ini. Di dalam review ini saya akan memasukkan detail-detail tentang pemasangan dan pengalaman semasa mengguna perkhidmatan ini selama seminggu.

      Kami telah mengambil keputusan untuk memasang WI-FI berkelajuan tinggi yang juga di kenali sebagai UNIFI TM. Terdapat banyak maklum-balas yang positif tentang perkhidmatan ini. Selepas membuat langganan di syarikat TM sendiri, kerani bertugas menetapkan tarikh pemasangan iaitu pada 19 hb Februari pada pukul 9.30 pagi.

     Seminggu sudah berlalu dan akhirnya tiba hari yang dinanti-nantikan selama ini. 19 hb telah menjelma. Sebelum kontraktor UNIFI sampai, kami mengambil keputusan untuk mengemas dan menyediakan peralatan yang diperlukan. Tetapi malangnya, mereka tidak sampai pada jam yang sepatutnya. Tetapi sebaliknya mereka sampi di perkarangan rumah pada jam 11.30 tengah hari iaitu 2 jam lewat dari jam yang dijanjikan.

     Tetapi saya tiada masalah dengan kelewatan itu kerana kami pun sedang sibuk mengemas sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pada pukul 11.30. Mereka terus berjumpa dengan saya dan menerangkan butiran yang ingin dibuat dengan begitu jelas. Saya kagum. Proses pemasangan berlangsung lebih kurang 1 jam 15 minit.

     Selepas pemasangan selesai tanpa sebarang gangguan, mereka menuju ke bilik tv dan menerangkan dengan begitu jelas tentang penggunaan IPTV dan Hyyp Tv. Sekali lagi, saya tidak kecewa. Selepas perjanjian telah ditandatangani. Mereka memberi password modem, dan menuju balik.

     Saya mencuba perkhidmatan ini pada kali pertamanya, pada mulanya saya kecewa kerana internet tidak laju seperti yang disangka. Tetapi selepas 1 jam berlalu, ia semakin laju dan mula mempercayai kembali kepada janji manis syarikat ini. Saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian kelajuan, dan begitu kagum dengan kelajuan muat turunnya sebanyak 5Mbps. Sangat jauh beza berbanding dengan maxis broadband yang hanya mempunyai kelajuan sebanyak 700Kbps sahaja. Sudah seminggu berlalu dan saya tidak mempunya sebarang masalah dengan perkhidmatan ini.

    Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan ini dan mengesyorkan perkhidmatan ini kepada semua rakyat Malaysia yang ingin internet yang laju. Dengan ini, saya meminta diri dulu. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuesday, 17 January 2012

Yes..! Almost Done :D

Editing almost done! Took me 4 hours :D

Alhamdulillah.. akhirnya render jugak video ni. Kalau tak, asyik crash jer laptop. Harap-2 masa aku tengah render ni takde la apa-2 jadi. Dah nak dekat 4 kali laptop crash. Ni kalau crash lagi, aku boleh jadi giler xP

Terima Kasih Mak..!!

Adidas Predator Grade A
Yay! Akhirnya dapat juga aku merasa pakai kasut Predator ni :D (Grade A pula tu). Aku bersyukur sangat sebab memang aku dah lama nak kasut predator ni, lagi-2 yang bagus punya. Kasut dah ada, apa lagi... nak tryout wakil sekolah la... Hehe ^^

Saturday, 7 January 2012

Alhamdulillah... Dapat Jugak Rezeki Nak Beli iPod Touch :D

Yay akhirnya.. dah lama jugak aku tunggu untuk dapatkan benda nie. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak. Ini semua hasil usaha aku dalam peperiksaan PMR tahun lepas. iPod Touch 4G with iOS5.. Oh yeah.! :))))

Wednesday, 4 January 2012

What??!! Form 4 Already.!! :o

Hari semakin hari.. tak sangka pulak da tahun 2012. Tahun ni jugak ler aku telah mencecah umur 16 tahun. Iaitu tahun paling bosan nak mampos dalam hidup aku. Member-2 lain semua masok kelas lain. Nasib baik la, salah satu dari dorang kelas sama dengan aku. I hope all of them can join my class. To be honest, last year was the best school year in my entire life. Peace out.

Wednesday, 21 December 2011

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah S.W.T

Alhamdulillah, aku gumbira sangat hari ni. Tak sia-2 la aku belajar sampai nak mati selama ni. Akhirnya, dengan izin Allah S.W.T, aku telah mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 7 A 1 B. Walaupun bukan 'straight' A, tapi aku sudah cukup bersyukur. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah.

The Sims Fever.!

The Simsku Sayang
Itu dia..! Haha.. kalau korang nak tahu aku ni sebenarnya peminat setia game "The Sims" nie. Semua koleksi game ni aku ada. Dalam gambar ni cuma sebahagian kecil jer. Sebenarnya aku ada dalam lebih kurang 12. Setiap kali ada yang baru keluar, aku mesti beli. Takkan terlepas. Kalau korang nak cuba, boleh la beli game ni di mana-2 kedai game yang berhampiran. Haha.. :P (skema la sial).

Tuesday, 20 December 2011

NOooooo..!! Axe-Effect Aku Da Hbis :'(

My Fav Deoderant.
Dah banyak da deodorant ni berjasa pada aku. Tapi, sekarang dah sampai masa dia untuk dihumbankan ke dalam tong sampah. Huhu.. sedih, pastu nak kene beli baru. Bab tu yang lece tu.. Urghh.

Tomorrows The Big Day

Pejam celik, pejam celik dah nak hari Khamis. Rasanya semua budak form 3 dah tau ada apa hari Khamis. Hari Khamis la hari nak ambil result keputusan PMR, iaitu ESOK PAGI.!! Berapa la "A" agaknya, tak dapat nak tidur sebab asyik fikir benda tu jer. Harap-2 tak terkencing la masa nak ambik result tu. Haha.. LOL.

Bestnyer Masa Kecik2 ^^

Kalau boleh pegi masa kecik2 dulu mesti best. Aku rasa kalau ada peluang macam tu. Semua orang nak. Masa ni dengan ibu and ayah kt Penang Hill. Best sangat masa ni, tapi sekarang hanya kenangan jer.

Kawe Belajo Main Gitar.!

Dah lama belajar main gitar ni. Punya la seksa nk cari source dekat mana nak belajar. Alhamdulillah, boleh la main sikit-sikit, tapi tak da la PRO sangat. Ni boring punya pasal la ni. Rasa tak sabar pulak nak sekolah. Huhu...

Khamis Khamis Khamis

Hari Khamis 22 HB sudah hampir.! PMR result akan keluar.. err, berapa la "A" agaknya dapat. Tawakal jer la kepada Allah S.W.T. Insyaallah, dengan izinNya.. mungkin dapat result yang tak berapa teruk sangat :P. Kalau teruk pun, harap2 ibu and ayah dapat terima. AMIN..!