Welcome

SELAMAT DATANG KE DUNIA YANG TIDAK BERAPA HEBAT :D

Wednesday, 24 October 2012

Pergh lama la sial tak tulis blog ni. Banyak gak perkembangan semenjak aku takde ni. First of all, aku da tak duk rumah da. Aku telah berpindah ke Terengganu. Sebab apa? SEKOLAH ASRAMA BEB! Tak sangka-2, masuk gak aku sekolah asrama. Nak kate best tu, xder la jugak. Boleh la. Tapi duk rumah lagi syok! Leh lyan PC hari2..

    Pape hal, aku nk chow dlu. Selamat Hari Raya AidilAdha. Assalamualaikum :)

P.S. nama sekolah tu is Sekolah Menengah Sains Setiu (SAIS) :D


 

Sunday, 19 February 2012

TM UNIFI Review

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi sesiapa yang membaca review ini. Di dalam review ini saya akan memasukkan detail-detail tentang pemasangan dan pengalaman semasa mengguna perkhidmatan ini selama seminggu.

      Kami telah mengambil keputusan untuk memasang WI-FI berkelajuan tinggi yang juga di kenali sebagai UNIFI TM. Terdapat banyak maklum-balas yang positif tentang perkhidmatan ini. Selepas membuat langganan di syarikat TM sendiri, kerani bertugas menetapkan tarikh pemasangan iaitu pada 19 hb Februari pada pukul 9.30 pagi.

     Seminggu sudah berlalu dan akhirnya tiba hari yang dinanti-nantikan selama ini. 19 hb telah menjelma. Sebelum kontraktor UNIFI sampai, kami mengambil keputusan untuk mengemas dan menyediakan peralatan yang diperlukan. Tetapi malangnya, mereka tidak sampai pada jam yang sepatutnya. Tetapi sebaliknya mereka sampi di perkarangan rumah pada jam 11.30 tengah hari iaitu 2 jam lewat dari jam yang dijanjikan.

     Tetapi saya tiada masalah dengan kelewatan itu kerana kami pun sedang sibuk mengemas sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pada pukul 11.30. Mereka terus berjumpa dengan saya dan menerangkan butiran yang ingin dibuat dengan begitu jelas. Saya kagum. Proses pemasangan berlangsung lebih kurang 1 jam 15 minit.

     Selepas pemasangan selesai tanpa sebarang gangguan, mereka menuju ke bilik tv dan menerangkan dengan begitu jelas tentang penggunaan IPTV dan Hyyp Tv. Sekali lagi, saya tidak kecewa. Selepas perjanjian telah ditandatangani. Mereka memberi password modem, dan menuju balik.

     Saya mencuba perkhidmatan ini pada kali pertamanya, pada mulanya saya kecewa kerana internet tidak laju seperti yang disangka. Tetapi selepas 1 jam berlalu, ia semakin laju dan mula mempercayai kembali kepada janji manis syarikat ini. Saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian kelajuan, dan begitu kagum dengan kelajuan muat turunnya sebanyak 5Mbps. Sangat jauh beza berbanding dengan maxis broadband yang hanya mempunyai kelajuan sebanyak 700Kbps sahaja. Sudah seminggu berlalu dan saya tidak mempunya sebarang masalah dengan perkhidmatan ini.

    Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan ini dan mengesyorkan perkhidmatan ini kepada semua rakyat Malaysia yang ingin internet yang laju. Dengan ini, saya meminta diri dulu. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuesday, 17 January 2012

Yes..! Almost Done :D

Editing almost done! Took me 4 hours :D

Alhamdulillah.. akhirnya render jugak video ni. Kalau tak, asyik crash jer laptop. Harap-2 masa aku tengah render ni takde la apa-2 jadi. Dah nak dekat 4 kali laptop crash. Ni kalau crash lagi, aku boleh jadi giler xP

Terima Kasih Mak..!!

Adidas Predator Grade A
Yay! Akhirnya dapat juga aku merasa pakai kasut Predator ni :D (Grade A pula tu). Aku bersyukur sangat sebab memang aku dah lama nak kasut predator ni, lagi-2 yang bagus punya. Kasut dah ada, apa lagi... nak tryout wakil sekolah la... Hehe ^^

Saturday, 7 January 2012

Alhamdulillah... Dapat Jugak Rezeki Nak Beli iPod Touch :D

Yay akhirnya.. dah lama jugak aku tunggu untuk dapatkan benda nie. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak. Ini semua hasil usaha aku dalam peperiksaan PMR tahun lepas. iPod Touch 4G with iOS5.. Oh yeah.! :))))

Wednesday, 4 January 2012

What??!! Form 4 Already.!! :o

Hari semakin hari.. tak sangka pulak da tahun 2012. Tahun ni jugak ler aku telah mencecah umur 16 tahun. Iaitu tahun paling bosan nak mampos dalam hidup aku. Member-2 lain semua masok kelas lain. Nasib baik la, salah satu dari dorang kelas sama dengan aku. I hope all of them can join my class. To be honest, last year was the best school year in my entire life. Peace out.