Welcome

SELAMAT DATANG KE DUNIA YANG TIDAK BERAPA HEBAT :D

Wednesday 21 December 2011

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah S.W.T

Alhamdulillah, aku gumbira sangat hari ni. Tak sia-2 la aku belajar sampai nak mati selama ni. Akhirnya, dengan izin Allah S.W.T, aku telah mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 7 A 1 B. Walaupun bukan 'straight' A, tapi aku sudah cukup bersyukur. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah.

The Sims Fever.!

The Simsku Sayang
Itu dia..! Haha.. kalau korang nak tahu aku ni sebenarnya peminat setia game "The Sims" nie. Semua koleksi game ni aku ada. Dalam gambar ni cuma sebahagian kecil jer. Sebenarnya aku ada dalam lebih kurang 12. Setiap kali ada yang baru keluar, aku mesti beli. Takkan terlepas. Kalau korang nak cuba, boleh la beli game ni di mana-2 kedai game yang berhampiran. Haha.. :P (skema la sial).

Tuesday 20 December 2011

NOooooo..!! Axe-Effect Aku Da Hbis :'(

My Fav Deoderant.
Dah banyak da deodorant ni berjasa pada aku. Tapi, sekarang dah sampai masa dia untuk dihumbankan ke dalam tong sampah. Huhu.. sedih, pastu nak kene beli baru. Bab tu yang lece tu.. Urghh.

Tomorrows The Big Day

Pejam celik, pejam celik dah nak hari Khamis. Rasanya semua budak form 3 dah tau ada apa hari Khamis. Hari Khamis la hari nak ambil result keputusan PMR, iaitu ESOK PAGI.!! Berapa la "A" agaknya, tak dapat nak tidur sebab asyik fikir benda tu jer. Harap-2 tak terkencing la masa nak ambik result tu. Haha.. LOL.

Bestnyer Masa Kecik2 ^^

Kalau boleh pegi masa kecik2 dulu mesti best. Aku rasa kalau ada peluang macam tu. Semua orang nak. Masa ni dengan ibu and ayah kt Penang Hill. Best sangat masa ni, tapi sekarang hanya kenangan jer.

Kawe Belajo Main Gitar.!

Dah lama belajar main gitar ni. Punya la seksa nk cari source dekat mana nak belajar. Alhamdulillah, boleh la main sikit-sikit, tapi tak da la PRO sangat. Ni boring punya pasal la ni. Rasa tak sabar pulak nak sekolah. Huhu...

Khamis Khamis Khamis

Hari Khamis 22 HB sudah hampir.! PMR result akan keluar.. err, berapa la "A" agaknya dapat. Tawakal jer la kepada Allah S.W.T. Insyaallah, dengan izinNya.. mungkin dapat result yang tak berapa teruk sangat :P. Kalau teruk pun, harap2 ibu and ayah dapat terima. AMIN..!